Kelas Pendaftaran Bantuan Persekolahan Baitulmaal Atas Talian - Sesi 2

7 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 06 Januari 2024, telah diadakan sesi pembelajaran “Pendaftaran Bantuan Persekolahan Baitulmaal Atas Talian - Sesi 2” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang.

Staf PEDi membantu dan memberi garis panduan kepada para ibu, bapa dan penjaga untuk mendaftar ke dalam sistem MAINS untuk permohonan bantuan persekolahan Baitulmaal secara atas talian. Di samping itu, staf PEDi turut membantu dalam pengisian maklumat pemohon dan maklumat anak. Selain daripada itu, staf PEDi juga turut mengajar para ibu bapa penjaga mengedit borang pdf bagi melengkapkan maklumat pada borang tesebut sebelum mencetak bagi tujuan pengesahan daripada Imam Masjid atau Pengerusi Jawatankuasa Komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali